SYARAT PENGELUARAN AKAUN 1 UNTUK PELABURAN UNIT TRUST

Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust
1.       Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 (Sebelum ini tidak melebihi 20%)
2.       Pelaburan mesti dibuat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
3.       Jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
4.       Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah
5.       Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.


Kalau nak tahu berapa jumlah dalam Akaun 1, boleh tanya melalui pejabat KWSP atau layari laman web rasmi mereka. Jumlah Simpanan Asas pula adalah seperti dalam jadual yang ditetapkan di bawah.


Umur

(Tahun)
Simpanan Asas

(RM)
Umur (Tahun)
Simpanan Asas

(RM)
18
1,000
37
60,000
19
3,000
38
66,000
20
5,000
39
72,000
21
6,000
40
78,000
22
8,000
41
85,000
23
10,000
42
92,000
24
12,000
43
100,000
25
14,000
44
108,000
26
17,000
45
116,000
27
20,000
46
125,000
28
23,000
47
134,000
29
26,000
48
144,000
30
29,000
49
154,000
31
33,000
50
165,000
32
37,000
51
176,000
33
41,000
52
188,000
34
45,000
53
201,000
35
50,000
54
214,000
36
55,000
55
228,000

Sumber: KWSP


Jumlah Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur. Ia bertujuan untuk melindungi ahlinya supaya dapat membiayai keperluan asas persaraan sebelum membuat pengeluaran.

Jumlah Simpanan Asas yang ditetapkan oleh KWSP adalah seperti berikut:

Formula Pengiraan
Kalau nak tahu sama ada kita layak untuk melaburkan wang KWSP, dan berapa jumlah maksimum yang boleh dilaburka; formulanya adalah seperti berikut:

(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan


Contoh Pengiraan

Contoh 1: 

Encik Tomok berusia 22 tahun yang mempunyai simpanan RM 9,000 dalam Akaun 1 KWSP.

Kalau rujuk pada jadual di atas, Jumlah Simpanan Asas yang dia perlu ada dalam akaun adalah RM 8,000.

Jadi, kalau kita gunakan formula tadi:

(Akaun 1 – *Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

(RM 9,000 – RM8,000) x 30% = RM300

Seperti yang ditetapkan dalam syarat di atas, jumlah minimum untuk pelaburan adalah RM1,000. Maka, Encik Tomok tidak layak untuk melabur unit trust menggunakan Akaun 1 KWSP.

Contoh 2: 

Puan Dalila berusia 30 tahun dan mempunyai simpanan RM40,000 dalam Akaun 1 KWSP.

Menggunakan formula yang sama,

(RM 40,000 – RM29,000) x 30% = RM3,300

Jadi, mengikut perkiraan ini Puan Dalila layak untuk membuat pengeluaran. Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan untuk tujuan pelaburan ini adalah RM 3,300 dan RM1,000 adalah jumlah minimum.

Sumber: majalahlabur.com

No comments:

Post a Comment

Untung Melabur Di Usia Muda, Pulangan Sangat Menguntungkan!

The POWER of Compounding Interest The Snowball Effect atau Compound Interest merupakan idea bijak sekiranya di  awal usia muda mengambi...