“Melabur Tanpa Modal”.....pelik bunyinya tapi anda memang
boleh melabur tanpa modal. In fact, pelaburan pertama saya adalah tanpa modal.
Saya dapat 12% return pada tahun pertama pelaburan saya. Pelaburan yang saya
maksudkan adalah dengan menggunakan sebahagian Akaun 1 KWSP untuk dilaburkan
dalam amanah saham.
Ya BOLEH.
Kita Boleh Keluarkan Duit Akaun 1 KWSP Untuk Melabur Unit
Trust!
“Aku teringin juga nak melabur dalam unit trust. Tapi tak
ada cash. Boleh ke guna duit daripada akaun KWSP tu?”
Jawapannya BOLEH.
Ianya bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam
KWSP. Kalau tak cukup, maknanya kita tak layak untuk buat pengeluaran tersebut.
Selain itu juga, ada beberapa syarat-syarat lain yang
ditetapkan oleh KWSP; kerana kita perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah
wang persaraan kita. Bukan mudah untuk kita keluarkan wang tersebut.
Kalau nak tahu sama ada kita layak untuk melaburkan wang
KWSP, dan berapa jumlah maksimum yang boleh dilaburka; formulanya adalah
seperti berikut:
(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum
yang boleh dilaburkan
Sumber: majalahlabur.com

No comments:
Post a Comment