Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Saya sekadar hendak berkongsi tentang apakah itu Unit
Amanah? Unit Amanah juga dikenali sebagai Amanah Saham atau Saham Amanah.
Manakala dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Unit Trust atau Mutual Fund.
Persoalannya apakah Skim Unit Amanah ini sebenarnya?
Skim Unit Amanah merupakan suatu bentuk pelaburan
kolektif yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama
supaya mengumpulkan simpanan mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio
sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Di kebanyakan negara sebagai contoh di Amerika Syarikat
ia dikenali dengan nama “Mutual Fund” dan secara amnya adalah suatu pelaburan
berkelompok. Pelaburan ini hanya membenarkan pelabur yang mempunyai objektif
pelaburan yang sama untuk dilaburkan ke satu portfolio sekuriti yang
kebiasaannya diurus dan ditadbir oleh pengurus dana professional.
Pemegang unit pelaburan amanah ini tidak terus membeli
saham di kaunter saham sebaliknya pemilikan saham akan dibahagikan kepada
mengikut unit. Sekiranya nilai saham turun atau naik, tiap unit yang dilaburkan
juga akan turun atau naik. Kebiasaannya pelabur yang berdaftar akan mendapat
sijil penamaan yang dikenali dengan Sijil Unit Amanah manakalan bilangan unit
yang dipegang pula bergantung kepada harga belian unit yang hendak dilaburkan.
Pelabur Skim Unit Amanah tidak membeli sekuriti dalam
portfolio secara langsung. Pemilikan portfolio terbahagi kepada unit kelayakan
dan setiap pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’. Satu unit dalam Skim Unit
Amanah merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada pelaburan yang terkumpul. Apabila
nilai pelaburan dalam portfolio Skim Unit Amanah meningkat atau menurun, maka
nilai atau ‘harga unit’ bagi setiap unit tersebut juga meningkat atau menurun.
Pemegang unit dalam Skim Unit Amanah mempunyai
kepentingan bermanfaat dalam setiap dan seluruh aset dalam Skim Unit Amanah
tersebut tetapi mereka tidak berhak mengarah Syarikat Pengurusan Unit Amanah
bagaimana untuk melabur dalam portfolio pelaburan. Sebagai bukti kepentingan mereka dalam Skim Unit Amanah,
setiap pelabur menerima pengesahan kelayakan, sama ada dalam bentuk penyata
atau sijil unit.
Bilangan unit dalam Skim Unit Amanah yang dipegang oleh
setiap pelabur bergantung pada harga jualan unit pada masa pelaburan dibuat dan
jumlah wang permohonan yang dicarumkan oleh pelabur. Pelabur Skim Unit Amanah
akan membeli unit selepas mereka membaca dan memahami prospectus yang
menerangkan segala yang perlu diketahui oleh pelabur sebelum mereka melabur dalam
Skim Unit Amanah tersebut dengan melengkapkan borang permohonan.
No comments:
Post a Comment