BAGAIMANA MELABUR DALAM UNIT TRUST

Bagaimana pelaburan unit trust berfungsi?
Untuk melabur dalam unit trust, wang yang anda laburkan akan dikumpulkan bersama pelabur lain hingga menjadi satu jumlah yang besar dan akan dilaburkan ke dalam pelbagai saham “equity” dan juga “bon”. 

Kepelbagaian pelaburan akan dapat kurangkan risiko kerugian kerana ia tidak terhad untuk bergantung pada satu saham semata mata. Jika pilih untuk melabur dalam unit trust islam atau patuh syariah, wang anda hanya akan digunakan untuk saham-saham yang mematuhi syariah islam sahaja. Secara tak langsung ia dapat bantu pertumbuhan sistem kewangan islam.

Bagaimana nak menjual atau beli unit trust?
Pelaburan dan aktiviti jual dan beli saham akan diuruskan oleh pengurus dana professional yang mempunyai pengalaman. Oleh itu tak perlu risau untuk kita pantau turun naik harga saham di pasaran tiap hari. Pengurus dana professional yang dilantik itu akan sentiasa berusaha untuk maksimumkan keuntungan wang pelaburan anda.

Apa Isu-isu berkaitan unit trust?
Pertamanya, ramai yang berfikir soal halal haram dalam pelaburan unit trust ini. Jadi adalah untuk jadi tanggungjawab pelabur buat kajian tentang unit trust yang bakal anda sertai. Di Malaysia ini banyak unit trust yang berdaftar berlandaskan syarikat, Islamic unit trust yang telah disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan diluluskan halal untuk pelaburan.

Keduanya, Unit Trust ini diluluskan oleh kerajaan dan bukannya seperti skim pernigaan haram yang ada di Malaysia seperti skim cepat kaya atau piramid dan sebagainy. Portfolio akan dibahagikan kepada unit dan pelabur pula biasanya dikenali “unit holder”. Untuk jaga kepentingan pelabur, seorang pemegang amanah iaitu “trustee” akan dilantik yang merupakan pemilik sah ke atas semua asset dalam unit trust skim bagi pemegang unit.


Pelabur Skim Unit Trust biasanya terdiri daripada mereka yang membuat pelaburan dalam jumlah yang agak kecil, iaitu mereka yang tidak mempunyai masa ataupun tidak berhasrat untuk memegang portfolio pelaburan langsung dalam saham atau aset lain. Sebaliknya, mereka lebih suka melabur dalam instrumen pelaburan terkawal. Skim Unit Trust membolehkan pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaanya tidak mudah untuk diakses.

Di Malaysia dan diseluruh dunia, pelaburan kolektif (seperti Skim Unit Trust, tabung bersama dan syarikat pelaburan terbuka) mengalami pertumbuhan yang luar biasa dalam beberapa tahun yang lepas. Pertumbuhan ini menunjukkan kesesuaian pelaburan kolektif di Malaysia, iaitu Skim Unit Trust sebagai satu cara untuk pelabur kecil mengumpulkan modal dalam jangka masa panjang.

Oleh sebab pelabur menginginkan pulangan yang berpatutan untuk simpanan mereka, maka Skim Unit Amanah menyediakan cara yang sesuai bagi mendedahkan mereka kepada pelaburan yang dapat menghasilkan pulangan yang lebih lumayan dalam jangka masa panjang berbanding yang diperoleh daripada akaun simpanan biasa dan deposit tetap (FD).

‘Kos’ bagi pulangan berpotensi lebih tinggi pasti disertai dengan risiko pelaburan yang tinggi juga. Dalam jangka masa pendek, kepastian pulangan pelaburan bagi kebanyakkan Skim Unit Trust jauh lebih sedikit daripada apa yang ditawarkan oleh deposit tetap. Walau bagaimanapun, bagi jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang (iaitu lebih daripada lima tahun), pelaburan dalam Skim Unit Trust kebanyakannya dapat memberikan pulangan yang jauh lebih baik dengan tahap risiko yang berpatutan.


Saya sebagai Unit Trust Consultant bersedia menerangkan perincian untuk berjaya dalam unit trust melalui Teknik Memaksimakan Keuntungan Pelaburan Unit Amanah Sehingga 3X Ganda !!




No comments:

Post a Comment

Untung Melabur Di Usia Muda, Pulangan Sangat Menguntungkan!

The POWER of Compounding Interest The Snowball Effect atau Compound Interest merupakan idea bijak sekiranya di  awal usia muda mengambi...