Setiap pelaburan pasti ada
risikonya.
Ini bermaksud, kita perlu
membuat research dan mengetahui serba sedikit tentang prestasi kewangan
sesebuah syarikat sebelum membuat pelaburan. Melalui I-Akaun KWSP juga, kita
boleh membuat penilaian dana-dana yang boleh dilaburkan melalui KWSP beserta prestasi
mereka.
Tentulah ada dana pelaburan
unit trust yang lebih menguntungkan berbanding KWSP dan mencatatkan pulangan
yang amat memberangsangkan. Tetapi melalui sebuah laporan akhbar tempatan
bertarikh Mei 2016, hanya 20% daripada pelabur yang untung apabila melaburkan
wang KWSP ke dalam unit trust. 80% lagi? Dapat pulangan yang lebih rendah atau
hanya balik modal.
Kenyataan yang dibuat oleh CEO
KWSP ini menggesa pelabur agar mengetahui selok-belok dalam pelaburan sebelum
membuat pengeluaran.
Sumber: majalahlabur.com

No comments:
Post a Comment