Untung Melabur Di Usia Muda, Pulangan Sangat Menguntungkan!


The POWER of Compounding Interest

The Snowball Effect atau Compound Interest merupakan idea bijak sekiranya di  awal usia muda mengambil keputusan membuat simpanan dan melabur dalam Unit Trust ini. Mengapa? Jawapannya, sekiranya melabur di awal usia, pulangan pelaburan jauh lebih menguntungkan daripada pelabur yang lambat mengambil keputusan untuk melabur !

Jadual di bawah adalah 3 situasi pelabur di mana Investor A bermula pada usia 18 tahun, Investor B bermula pada usia 25 tahun manakala Investor C bermula pada usia 35 tahun.



Pada usia 55 tahun purata pulangan tahunan ialah..
At the age of 55 the annual average return is...

Investor A   RM240,943.65
Investor B   RM140,588.31  
Investor C   RM65,119.59

Jadual di atas menunjukkan situasi pelabur A, B dan C yang bermula dengan yearly investment sejumlah RM3,000.00. Apa yang kita dapati di sini, di awal usia 18 tahun adalah waktu yang amat sesuai sekiranya berhasrat membuat simpanan pelaburan. 

Generasi muda mestilah menjadikan Unit Trust sebagai landasan mereka memperoleh kesenangan hidup pada masa hadapan. Mereka perlu merebut peluang ini supaya suatu masa nanti mereka tidak terkial-kial atau berdepan dengan kemelut ekonomi.

Pepatah sehari selembar benang lama-lama menjadi kain dan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit mesti dijadikan oleh mereka sebagai panduan dan pegangan supaya mereka membantu pertumbuhan ekonomi negara bermula sekarang.

Setiap Pelaburan Pasti Ada Risikonya



Setiap pelaburan pasti ada risikonya.

Ini bermaksud, kita perlu membuat research dan mengetahui serba sedikit tentang prestasi kewangan sesebuah syarikat sebelum membuat pelaburan. Melalui I-Akaun KWSP juga, kita boleh membuat penilaian dana-dana yang boleh dilaburkan melalui KWSP beserta prestasi mereka.

Tentulah ada dana pelaburan unit trust yang lebih menguntungkan berbanding KWSP dan mencatatkan pulangan yang amat memberangsangkan. Tetapi melalui sebuah laporan akhbar tempatan bertarikh Mei 2016, hanya 20% daripada pelabur yang untung apabila melaburkan wang KWSP ke dalam unit trust. 80% lagi? Dapat pulangan yang lebih rendah atau hanya balik modal.

Kenyataan yang dibuat oleh CEO KWSP ini menggesa pelabur agar mengetahui selok-belok dalam pelaburan sebelum membuat pengeluaran. 


Sumber: majalahlabur.com

Siapa Yang Sesuai Melabur Dalam Unit Trust?



·        Individu yang mempunyai pendapatan berniaga atau bekerja.
·        Ibu bapa yang mempunyai anak bagi simpanan pendidikan anak-anak.
·        Anak muda yang plan untuk kahwin lagi 5 tahun ke atas.
·        Anak muda yang plan beli rumah lagi 5 tahun ke atas.
·       Kakitangan kerajaan yang nak menyimpan untuk persaraan selain pencen. Wang pencen boleh digunakan sebagai gaji bulanan selepas bersara manakala duit dalam akaun persaraan unit trust boleh digunakan untuk belanja besar selepas bersara seperti kenduri kahwin anak, belanja haji dan sebagainya.

Ramai pakar kewangan juga menasihatkan agar pelabur tidak bergantung kepada satu dana unit trust semata-mata. Sebaliknya, ia boleh dipelbagaikan ke dalam beberapa dana, dari beberapa syarikat yang diyakini.

Sumber: majalahlabur.com

Melabur Tanpa Modal?!



“Melabur Tanpa Modal”.....pelik bunyinya tapi anda memang boleh melabur tanpa modal. In fact, pelaburan pertama saya adalah tanpa modal. Saya dapat 12% return pada tahun pertama pelaburan saya. Pelaburan yang saya maksudkan adalah dengan menggunakan sebahagian Akaun 1 KWSP untuk dilaburkan dalam amanah saham.

Ya BOLEH.
Kita Boleh Keluarkan Duit Akaun 1 KWSP Untuk Melabur Unit Trust!

“Aku teringin juga nak melabur dalam unit trust. Tapi tak ada cash. Boleh ke guna duit daripada akaun KWSP tu?”

Jawapannya BOLEH.
Ianya bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam KWSP. Kalau tak cukup, maknanya kita tak layak untuk buat pengeluaran tersebut.

Selain itu juga, ada beberapa syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh KWSP; kerana kita perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah wang persaraan kita. Bukan mudah untuk kita keluarkan wang tersebut.

Kalau nak tahu sama ada kita layak untuk melaburkan wang KWSP, dan berapa jumlah maksimum yang boleh dilaburka; formulanya adalah seperti berikut:

(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

Sumber: majalahlabur.com


Pentingnya Mengetahui Ilmu Melabur


Apa ruginya jika kita tidak menimba ilmu kewangan?

Apa ruginya pula jika kita tidak gunakan simpanan Akaun1 untuk dilaburkan ke dalam unit amanah/unit trust?

Kerugian menimba ilmu baru..
  • Anda tak pernah tahu, atau mungkin sebelum ini kurang faham dengan selok-belok pelaburan unit amanah.
  • Perbincangan/ pertemuan dua mata antara saya dan anda bakal memberikan ilmu baru mengenai pengurusan kewangan dan juga cara pelaburan ini dilakukan.
  • Lagi banyak kawan yang anda bawa ketika kita bertemu, lebih banyak soalan yang boleh diutarakan dan lebih banyak yang saya boleh jawab.
  • Melaburlah. Saya hanya perlukan salinan kad pengenalan anda, jumlah Akaun 1 KWSP dan juga nombor ahli KWSP anda. Tidaklah susah mana untuk menjadi lebih bijak.
  • Ia adalah untuk dana persaraan anda juga! 

Kerugian dari segi return/ pulangan..
  • Pulangan KWSP hanyalah berlegar sekitar 4-6% sahaja setahun. Pulangan unit amanah pula berlegar sekitar 10-15% setahun.
  • Jika kita ambil 12% sebagai asas pengiraan, dan bandingkan dengan pulangan KWSP 6% setahun, anda sebenarnya ‘kehilangan’ 6% setahun dari segi pulangan, dan return ini pula di gandakan (compound interest).
  • Contoh mudah – RM10,000 permulaan dan 6% setahun selama 10 tahun, pulangan total adalah RM17,908.
  • Jumlah yang sama juga dengan pulangan 12% setahun memberikan pulangan sebanyak RM31,058. Perbezaan sebanyak RM13,150.
  • Bayangkan yang dilaburkan itu bukannya RM10,000 tetapi RM100,000 atau lebih tinggi.

Untung Melabur Di Usia Muda, Pulangan Sangat Menguntungkan!

The POWER of Compounding Interest The Snowball Effect atau Compound Interest merupakan idea bijak sekiranya di  awal usia muda mengambi...